Saturday 14 September 2013

Turki tuan rumah Olimpik 2020

Negara Islam pertama menjadi tuan rumah sukan Olimpik
PROJEK penambahbaikan Stadium Bola Sepak Besiktas 'Inonu di Istanbul sedang giat dijalankan bagi menempatkan beberapa acara pertandingan dalam sukan Olimpik tahun 2020 yang dijadualkan berlangsung di negara itu.
Penglibatan Turki selaku tuan rumah sukan Olimpik 2020 itu sekali gus menjadikan negara itu sebagai negara Islam pertama yang menjadi tuan rumah sukan terbesar dunia tersebut. 

Ilmu lebih utama daripada amal

ALLAH SWT akan mengangkat darjat orang yang beriman dan orang yang berilmu sebagaimana firman-Nya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan. (al-Mujadalah: 11)
Ketahuilah bahawa ilmu lebih utama daripada amal. Amal ibadah tidak diterima kecuali dengan ilmu. Ibnu Ruslan dalam kitab Zubadnya menulis syair yang bermaksud, setiap orang yang beramal tanpa ilmu, maka amalnya ditolak dan tidak diterima.
Ilmu pengetahuan adalah kawan yang setia ketika sepi, pembimbing ke jalan petunjuk agama dan modal dalam perjuangan untuk mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat.
Orang yang malas mencari dan menambah ilmu pengetahuan bagaikan lampu kehabisan minyak dan dia akan hidup dalam kegelapan.
Hidup akan cemerlang jika dibekalkan dengan ilmu pengetahuan.

Sumber-sumber Ilmu Pengetahuan



Secara umumnya, sumber ilmu pengetahuan adalah diperolehi melalui wahyu, pancaindera, akal dan intuisi atau ilham.

1. Wahyu

Wahyu adalah pemberitahuan daripada Allah s.w.t kepada seorang hambanya yang dipilih di kalangan hambanya dengan secara sulit dan rahsia berlainan dari apa yang dialami oleh manusia biasa. Tidak dapat dinafikan lagi wahyu adalah merupakan sumber pengetahuan yang terpenting yang telah disampaikan oleh Allah s.w.t kepada manusia sama ada ianya disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w atau melalui nabi-nabi yang terdahulu. Wahyu merupakan teras kepada segala ilmu kerana di dalam al-Quran terkandung pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang amat diperlukan oleh manusia untuk kemasalahatan hidup juga perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh akal pemikiran manusia.

2. Pancaindera

Semua pancaindera seperti sentuhan, ciuman, penglihatan, pendengaran dan deria rasa merupakan seumber pengetahuan yang utama dan amat berguna bagi manusia untuk berinteraksi dengan alam sekelilingnya dengan mudah dan betul. Kelima-lima pancaindera ini merupakan satu cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui beberapa percubaan dan pengalaman yang berulang-ulang. Bagaimanapun kebenaran yang diperolehi tidak semestinya selalu betul dan tepat. Pancaindera kadangkala di dalam keadaan tertentu gagal memberikan gambaran atau penglihatan umpamanya matahari kelihatan kecil oleh mata sedangkan kenyataannya adalah sebaliknya.

3. Akal

Akal adalah merupakan sumber utama pengetahuan manusia, malah perbezaan antara manusia dan haiwan adalah melalui hasil tamadun yang diusahakan oleh manusia berpunca dari pemikiran akal manusia yang kreatif. Dengan akal manusia dapat menimbang dan membezakan antara yang baik dan buruk, walaupun mungkin ianya tidak bersifat kebenaran secara mutlak namun ianya memadai untuk mengatasi masalah kehidupan seharian. Bagaimanapun Allah s.w.t menyuruh manusia menggunakan semaksima mungkin kedua-dua daya akal dan pancaindera yang dianugerahkan kepadanya agar dapat sampai kepada pengetahuan sahih dan kebenaran yang tidak menyesatkan. Al-Quran banyak menyebut seruan serta galakan daripada Allah s.w.t agar manusia dapat memerhatikan alam sekeliling mereka dengan akal dan pancaindera bagi mencari kebenaran yang hakiki.

4. Intuisi atau Ilham
Intuisi atau ilham juga boleh menjadi sumber pengetahuan manusia yang amat berguna. Ianya merupakan pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses pemikiran yang tertentu. Contohnya seseorang yang mempunyai masalah yang sedang menumpukan pemikiran nya terhadap penyelesaian masalah tersebut, tiba-tiba menjadi jalan penyelesaian tanpa perlu berfikir panjang seolah-olah kebenaran yang dicari datang sendiri. Dalam Islam ilham ini boleh dikenali dengan istilah "firasat" atau pun pandangan bashirah (tembus) yang dikurniakan oleh Allah kepada para Ulama.

Walaupun begitu, ada juga di kalangan sarjana yang berpendapat bahawa sumber ilmu itu datangnya juga daripada sumber lisan dan tulisan serta kajian sejarah. Ilmu yang diperolehi melalui sumber lisan wujud dalam sistem pendidikan secara tidak formal seperti ilmu pertukangan dan sebagainya yang diperolehi melalui warisan secara tidak langsung daripada keluarga atau masyarakat. Pengajaran-pengajaran secara lisan daripada tokoh-tokoh ilmu juga dianggap sebagai sumber lisan. Ilmu yang sumbernya dari tulisan dapat dilihat melalui ilmu perubatan, matematik, dan undang-undang. Sementara ilmu yang diperolehi daripada kajian sejarah pula dapat dilihat melalui kajian-kajian dan penulisan-penulisan yang khusus tentang peristiwa sejarah yang telah berlaku.

Thursday 12 September 2013

Harga Rumah Naik 10% (RM15,000). Kos Bahan Binaan Melonjak Selepas Minyak Naik 20 Sen!

Harga Rumah naik
Harga rumah naik 10 peratus : Kenaikan harga minyak tidak boleh dibuat main. Sifat rantaiannya cukup pantas bertindak balas. Dengan hanya pengumuman minyak 20 sen sahaja. Tindak balasnya cukup hebat. Samada rakyat Malaysia terutamanya golongan berpendapatan rendah dan serdahana, satu demi satu kenaikan harga barang dan terbaru

Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Sudah Mula Beroperasi

Sistem menangkap had laju dan melanggar lampu isyarat, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sudah mula beroperasi malam tadi (Sabtu). Sistem ini telah diletakkan di 14 kawasan ‘panas’ untuk fasa pertama.
gambar kamera AES
14 kawasan yang terlibat yang telah dipasang termasuklah beberapa kawasan di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dengan 10 daripada kamera tersebut dengan tujuan menangkap had laju manakala selebihnya untuk tujuan mengesan mereka yang melanggar lampu isyarat.
Sebanyak 817 lokasi baru akan dibekalkan dengan sistem AES untuk fasa kedua meliputi seluruh negara. Perlaksanaan AES adalah tindakan drastik yang tegas dari kerajaan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ ) dalam usaha mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya.
Kebanyakan lokasi kamera AES yang dipasang merupakan lokasi yang dikenalpasti sebagai lokasi maut yang mencatatkan jumlah kematian yang tinggi. Untuk lebih berwaspada, JPJ telah menyenaraikan lokasi-lokasi tersebut di laman web mereka iaitu www.jpj.gov.my
Papan tanda amaran bagi AES ini juga telah diletakkan sebelum lokasi kamera tersebut. Bagi kawasan yang melibatkan had laju, papan tanda ini boleh dilihat sekitar 1 hingga 2 kilometer sebelum kamera tersebut. Manakala bagi kawasan berlampu isyarat, papan tanda ini diletakkan 50 hingga 500 meter sebelum kawasan tersebut.
Imej yang ditangkap oleh kamera AES akan terus dihantar ke pusat kawalan AES secara automatik dan nombor plat kenderaan yang melanggar peraturan tersebut akan dikesan dan dihantar kepada pemilik kenderaan tersebut.
Kepada pemilik kenderaan yang menerima notis saman AES yang direkodkan di Perak, mereka boleh menghubungi pusat kawalan AES untuk mengetahui butiran lanjut mengenainya ditalian 03-78464400. Sementara bagi kesalahan yang direkodkan di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur mereka boleh menghubungi talian 03-7628 8268.